Berpengalaman
Pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang rawatan tradisional
Pusat Rawatan Mengurut Kelantan diasaskan oleh Kak Che Kah, seorang perawat wanita berpengalaman yang telah membantu ratusan pelanggan wanita mendapatkan kembali keselesaan tubuh dan ketenangan minda melalui teknik urutan tradisional Melayu.
Kami menawarkan perkhidmatan urutan yang menyeluruh khas untuk wanita, menggunakan teknik tradisional dan sentuhan berpengalaman untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dalaman dan luaran.
Dengan gabungan ilmu turun-temurun dan pendekatan moden, kami bukan sekadar menawarkan urutan – kami memberi rawatan holistik untuk tubuh, minda dan keseimbangan dalaman wanita.
Kami percaya setiap wanita itu unik, oleh itu rawatan kami disesuaikan mengikut keperluan sebenar pelanggan – sama ada anda mengalami sakit badan, migrain, angin medu, masalah haid tidak teratur, atau ingin memulihkan kesihatan selepas bersalin dan menaikkan peranakan.
Pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang rawatan tradisional
Perawat Perempuan bertauliah dan profesional
Teknik rawatan yang terbukti melegakan pelbagai masalah
Membantu melancarkan peredaran darah, melegakan keletihan dan ketegangan otot seluruh badan.
Teknik urutan kepala dan leher untuk membantu melegakan migrain kronik dan stres berlebihan.
Urutan khas di kawasan perut dan dada untuk membantu keluarkan angin dan tenangkan sistem saraf.
Bantu mempercepatkan proses pemulihan ibu melalui teknik urutan tradisional dan tekanan lembut yang melegakan sengal badan, melancarkan peredaran darah serta membantu pengecutan rahim secara semula jadi.
Bantu menyokong kedudukan rahim yang turun melalui teknik urutan khusus pada bahagian perut dan pinggang, sekaligus mengurangkan rasa tidak selesa, senggugut, dan masalah angin dalam badan. Amat sesuai untuk wanita lepas bersalin, keguguran, atau mengalami ketidakseimbangan hormon..
Bantu mengurangkan lenguh badan dan angin melalui haba batu tungku yang diletakkan di titik-titik tertentu, melancarkan peredaran darah dan memberi kelegaan segera.
Membantu membuka liang pori, melancarkan peredaran darah, dan membuang toksin dari badan melalui wap herba semula jadi. Memberi rasa ringan, segar, dan tenang terutama selepas bersalin atau badan lesu
Membantu melegakan keletihan, menyerap energi positif dan membuang toksin melalui gabungan garam bukit, herba terpilih dan aromaterapi. Memberi rasa tenang, ringan dan menyegarkan tubuh dari hujung kaki.