Urutan Satu Badan (Perempuan)
Kak Che Kah bantu melancarkan peredaran darah, melegakan keletihan dan ketegangan otot seluruh badan melalui teknik tradisional yang lembut dan berkesan.
Kak Che Kah bantu melancarkan peredaran darah, melegakan keletihan dan ketegangan otot seluruh badan melalui teknik tradisional yang lembut dan berkesan.
Teknik urutan kepala, tengkuk dan bahu untuk membantu melegakan migrain kronik, tekanan emosi, serta stres akibat kerja atau kurang tidur.
Urutan khas di bahagian perut dan dada untuk bantu keluarkan angin, redakan simptom gastrik, susah nafas, serta membantu tenangkan sistem saraf bagi yang alami keresahan (anxiety).
Rawatan wap herba semula jadi untuk buka liang pori, buang toksin dan bantu peredaran darah. Memberi rasa segar dan tenang — sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin atau yang alami kepenatan melampau.
Bantu mempercepatkan proses pemulihan ibu bersalin melalui teknik urutan tradisional yang lembut. Melegakan sengal badan, bantu pengeluaran darah nifas dan pengecutan rahim secara semula jadi.
Gabungan garam bukit, daun herba dan aromaterapi untuk melegakan keletihan tapak kaki, keluarkan toksin dan bantu tenangkan minda. Ramai pelanggan rasa lebih ringan dan lena tidur selepas rawatan ini.
Rawatan tradisional untuk bantu naikkan rahim yang jatuh atau tidak stabil. Amat sesuai bagi wanita lepas bersalin, keguguran, alami senggugut kuat, atau masalah hormon tidak seimbang.
Menggunakan batu tungku dan herba panas untuk buang angin dalam badan, lancarkan darah dan legakan lenguh. Amat bagus selepas bersalin atau bila badan rasa berat dan sejuk.